“The course of life in unpredictable. No one can write their autobiography in advance.”

Wednesday, September 16, 2009

Salam..

Entry kali ni... Nana nk imbau semula kenangan masa zaman kecik-kecik dulu.. time sekolah rendah bila nk menjelang raya ni.. Apa menda yang wajib buat dekat-dekat nk raya ni.. hehehe...

Ni citer menda yg suka buat dulu.. :-p
1. Kad Raya..

Kalau dulu-dulu.. (< 15 tahun dulu la.. ) lagi 2 minggu nk raya.. mesti dh sibuk nk beli kad raya utk bg kt member2 sekolah.. sblm beli tu.. nk kena tulis list kt sapa aku nk kasi kad ni... Bila nk beli kad raya tu.. mesti nk pilih yg gambar kartun..ada mercun la.. meriam buluh la.. ketupat la..

Emm.. ni part nk menulis lak.. biasanya aku akan guna ayat-ayat standard mcm ni.. :
a) Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin..
b) Tahun ni baju raya dh beli ke.. color apa??
c) Nanti bila raya.. jemput la mai umah ye..
d) Kuih raya dh buat / beli ke??
e) Kami nk duit raya.. hehehehe

Selalunya akhir ayat tu mesti ada pantun 2 kerat ni..
"Pecah kaca pecah gelas.. sudah baca harap balas" --> maksudnya soh member balas balik la.. kalau x faham jugak tu x tau la.. ehehehehe

"Pecah kaca pecah tong.. sudah baca harap gantung" --> bila gi raya umah dia.. leh la nampak kad raya yg aku kasi tu tergantung je kt almari.. hahahah

Ni je yg aku ingat.. ada lg rasanya pantun-pantun ni.. Bestkan time tu.. masing-masing berlumba-lumba sapa punya kad raya paling byk tahun tu.. Pastu.. semua kad raya tu mesti nk gantung ke.. sangkut kt almari ke.. kt tingkap ke.. hehehe.. kenangan..kenangan..

Tapi zaman sekarang ni dh lain.. org x bagi dh kad raya ni.. kalau bg pun.. x sampai pun 5 keping.. selalunya member2 akan kirim ucapan guna SMS or MMS or email or greeting card.. sapa yg ada FB tu.. member2 dok hantar thru tu lak.. hehehe.. jimat2...

2. Kuih / biskut raya..

Masa kecik-kecik dulu.. time ni yg aku suka.. masa tu pun Mama rajin la buat biskut raya ni.. so aku n adik akan jd tukang menyibuk la.. nk tekan kuih la.. nk boh ceri la.. nk letak kacang la.. nk kacau adunan la.. hehhehhe.. Time dok buat kuih tu.. punya le terliur.. rasa mcm nk mkn je.. lagi x tahan bila dh bakar kuih tu.. bau wangi je... So yg mana kuih yg mcm terhangit sket tu (time tu oven mana pakai timer lg..semua kena manual.. tgk jam dinding.. bape minit utk bakar kuih..) kami dh booking siap2.. pas buka posa nk mkn.. hehehe..

3. Baju raya.. kasut raya.. handbag raya..

Lagi seminggu lebih nk raya tu.. Mama n Abah akan bw kami adik beradik shopping kt Komtar.. time tu mana ada lg Sunshine ka.. Bj ka.. Gurney Plaza ka.. Qbay lg la.. Time tu Komtar tu kira famous la.. semua org dok tumpu kt situ utk beli baju raya.. Mama satu ja tabiat dia.. kalau nk beli baju tu.. mesti nk kena boria dgn adik aku.. eiii x sukanya... tak design sama.. color mesti sama.. yg adik aku lak.. baju apa yg aku pilih dia mesti nk jugak.. tension..tension.. Dari dulu sampai la sblm kawin.. baju raya ni mesti 3 pasang..

Handbag lak.. Mama akan beli sorang satu.. utk isi duit raya nnt.. hehehe..

La ni bila dh kawin.. ada anak.. keutamaan tu jatuh kt dia dulu la.. pastu nk kena beli barang2 utk umah lg.. tu yg kena cut cost utk baju raya.. hehehe

Ni citer menda yg x suka buat lak.. hehehe
1. Kemas rumah..

Emm.. time ni aku paling boring sekali.. nk kena kemas umah.. Setiap tahun... Abah akan plan siap2.. aku buat keja apa.. adik2 aku buat apa.. Mama buat apa.. Abah buat apa.. so bila hari tu.. masing2 dh tau barang apa kena sediakan.. mcm aku.. Abah selalu soh cuci tingkap.. x suka tul.. sbb berhabuk.. ye la.. sethn sekali je nk cuci.. :D
Pas semua dh cuci baru la Abah mula operasi dia.. mop lantai satu umah.. dia kalau buat keja.. x babitkan org lain.. mmg x sah.. ada je dia soh buat tu.. buat ni.. (hehehe.. Abah.. minta maaf ye.. )

2. Kemas bilik tido..

Aku share bilik dgn adik aku.. so bila nk buat keja ni.. mula la.. aku buat sikit.. hang buat byk.. aku nk boh almari kt sini.. dia nk letak katil mcm ni.. eii pening..

Emm byk tul kenangan masa kecik2 ni.. Time tu dgn sekarang mmg x sama langsung dr segi kemeriahan raya.. Tambah2 lg seminggu nk raya.. mak mak org semua sibuk di dapur.. kami yg budak2 ni akan main kt luar la sampai kul 10 mlm.. main sorok2 la.. main police n theif la.. syokk oooo.. :-p

Ok la.. panjang sgt dh entry kali ni.. Akhir kata.. " Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin "

Thursday, September 3, 2009

Salam...

Emm.. dah bersawang blog aku ni maklum la.. org 'rajin' update blog.. hehehe.. sebenarnya.. banyak citer yg nk diciterkan.. tp tu la.. malas tul nk mengarang n menaip..

Ok la.. entry kali ni.. aku nk mengingati semula kenangan masa 4 tahun lepas.. time bulan Ramadhan ni.. aku tgh sarat mengandung.. Berpuasa time tu.. punya le siksa.. bukan apa.. dh le perut ni besar dan berat.. baby dlm perut ni.. asyik lapar je.. so time tu.. ada gak aku ponteng posa.. hehehe.. paham-paham je la.. bukan sengaja pun.. penat ooo..

Pejam celik.. pejam celik.. tinggal lg seminggu lagi nk raya.. baby dlm perut ni asyik menendang2.. buas bukan main.. bila dia menendang2 tu.. perut rasa cekang je.. x selesa langsung.. pastu aku ada jugak rasa mcm nk bersalin.. then aku gi la jumpa doktor.. tp dia cakap belum time lg.. ye la ..dok punya due date.. 2 minggu lepas raya.. so maknanya.. ada lg 3 minggu la.. emm.. Rasa sakit tu.. aku ada jugak bgtau kt mama.. tp mama pun cakap lambat lagi nk bersalin ni.. so mlm tu.. aku n hubby gi la buka puasa kt Pizza Hut kt Tesco (ingat lagi ni.. ) pastu gi Tesco jap.. shopping barang sket.. emm x ingat la beli apa..

Then.. keesokan paginye.. bangun pagi nk bersahur.. aku dh rasa lain mcm je.. bila jalan sket rasa sengal2 kt situ.. so hubby soh siap-siap ke hospital bersalin.. emm dipendekkan cerita.. tghari tu.. aku pun bersalin.. dapat baby girl yg sooo cute.. hehehe.. So baby ni sempat le beraya dgn kami pada tahun itu..

Ni gambar time raya setiap tahun bersama 'Permata Hatiku' .. NUR HAIFA INSYIRAH










Tahun 2005 - Syirah berusia 7 hari
















Tahun 2006 - Syirah berusia 1 tahun



















Tahun 2007 - Syirah berusia 2 tahun


















Tahun 2008 - Syirah berusia 3 tahun





Tahun 2009 ???

Cepat betul masa berlalu.. belum puas rasanya nk peluk.. cium.. main dgn Syirah time baby.. sedar-sedar.. baby dh nk masuk 4 tahun dh.. huhuhu.. Ummi sayang Baby.. :)

Ok la.. sampai sini dulu.. Selamat Berpuasa..

Tuesday, July 21, 2009

Salam..

Emm.. mesti ramai antara kita dapat email yang mengatakan ramalan 22 Julai 2009 akan berlaku sekali lagi tsunami disebabkan oleh gerhana matahari. Dalam ramalan tersebut mengatakan antara kawasan yang akan teruk dilanda tsunami ialah sekitar Philiphine, Malaysia (Sabah & Sarawak), Singapore, Maldives, Australia, Mauritius, Sri Lanka, India, Indonesia, Jepun. Negara-negara tersebut mmg berada berdekatan dengan laluan gerhana tersebut (Eclipse Path).. Harapnya.. tsunami ni hanyalah ramalan semata-mata..

Tapi saya tak nak le sembang pasal ramalan tsunami ni.. tp nk berkongsi cerita yg menariknya gerhana ini boleh mencapai tempoh max gerhana itu yg dijangkakan berlaku selama 6 minit dan 39 saat.. mungkin ini merupakan satu-satunya peluang untuk kita lihat fenomena ini.
Emm.. saya pun tak pandai bab-bab ni so saya paste je maklumat yang saya baca dr Internet tp saya agak minat juga utk membaca info-info tentang astronomi ni....

  1. Gerhana matahari di Asia pada 22 Julai
  2. Longest Solar Eclipse
  3. Total Solar Eclipse 2009
Berikut merupakan apa yang akan berlaku pada 22 Julai 2009 :

Ia digelar sebagai ‘Total Solar Eclipse of the Century’ disebabkan fenomena gerhana matahari penuh ini berlaku dalam tempoh lama serta dapat dilihat di negara Tanah Besar China dan kawasan sekitarnya bermula jam 8.22 am sehingga 11.01 pagi (waktu tempatan).

Dari sudut pandangan bumi, gerhana matahari berlaku sekiranya pandangan matahari dihalang oleh pergerakan bulan. Ini bermakna, tempoh lengkap gerhana matahari apabila bermulanya sentuhan pertama bulan ke matahari sehingga berakhirnya sentuhan itu dari matahari dan keseluruhan proses tersebut digelar gerhana matahari.

Gerhana matahari penuh ini agak jarang berlaku dan ia hanya akan dapat dilihat di kawasan dan tempoh serta masa yang berbeza. Selain itu, beberapa lapisan luar matahari iaitu corona hanya dapat dilihat apabila berlakunya gerhana matahari penuh.

Sementara itu, gerhana matahari berlaku apabila bulan bergerak di antara bumi dan matahari dalam satu garis lurus. Hasilnya, mereka yang mengalami gerhana adalah mereka yang terletak di dalam bayang-bayang Bulan.

Seperti bayang-bayang biasa, bayang-bayang bulan juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu bayang-bayang yang lebih legap dan terletak di tengah dipanggil umbra, manakala bulan yang separa legap dipanggil penumbra.

Disebabkan bayag-bayang dapat dilihat, ini bermakna, sebenarnya gerhana matahari berlaku apabila pandangan kita ke arah Matahari dihalang oleh Bulan.

Gerhana matahari adalah satu fenomena astronomi yang jarang berlaku. Gerhana matahari penuh, yang merupakan tarikan utama kepada fenomena gerhana matahari merupakan satu fenomena unik setiap kali ia berlaku. Ini disebabkan tidak semua gerhana matahari akan menghasilkan gerhana matahari penuh di samping setiap gerhana yang berlaku hanya dapat dilihat di lokasi dan masa yang berlainan dan pada masa yang singkat.

Selain itu, ia juga dapat menonjolkan beberapa bahagian matahari yang tidak dapat dilihat ketika dalam keadaan biasa. Gabungan keunikan dan keistimewaan yang hanya dapat dilihat di dalam keadaan yang jarang berlaku ini mewujudkan peluang keemasan yang mungkin hanya dapat disaksikan sekali seumur hidup bagi peminat astronomi.


Gambarajah A:
Kedudukan bulan yang terletak di dalam garisan lurus di antara matahari dan Bumi pada 22 Julai 2009.


Umbra adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan penumbra. Mereka yang berada di kawasan umbra akan melihat gerhana sebagai gerhana matahari penuh sementara mereka yang berada di kawasan penumbra akan melihat gerhana sebagai gerhana matahari separa.



Gambarajah B:
Lintasan bayang-bayang bulan yang membentuk dua jenis bayang-bayang iaitu umbra dan penumbra dan dapat dlihat pada 22 julai 2009.


p/s : sama-sama la kita tgk apa akan berlaku esok ye :-p

;;