Tuesday, July 21, 2009
Salam..
Emm.. mesti ramai antara kita dapat email yang mengatakan ramalan 22 Julai 2009 akan berlaku sekali lagi tsunami disebabkan oleh gerhana matahari. Dalam ramalan tersebut mengatakan antara kawasan yang akan teruk dilanda tsunami ialah sekitar Philiphine, Malaysia (Sabah & Sarawak), Singapore, Maldives, Australia, Mauritius, Sri Lanka, India, Indonesia, Jepun. Negara-negara tersebut mmg berada berdekatan dengan laluan gerhana tersebut (Eclipse Path).. Harapnya.. tsunami ni hanyalah ramalan semata-mata..
Tapi saya tak nak le sembang pasal ramalan tsunami ni.. tp nk berkongsi cerita yg menariknya gerhana ini boleh mencapai tempoh max gerhana itu yg dijangkakan berlaku selama 6 minit dan 39 saat.. mungkin ini merupakan satu-satunya peluang untuk kita lihat fenomena ini.
Emm.. saya pun tak pandai bab-bab ni so saya paste je maklumat yang saya baca dr Internet tp saya agak minat juga utk membaca info-info tentang astronomi ni....
Ia digelar sebagai ‘Total Solar Eclipse of the Century’ disebabkan fenomena gerhana matahari penuh ini berlaku dalam tempoh lama serta dapat dilihat di negara Tanah Besar China dan kawasan sekitarnya bermula jam 8.22 am sehingga 11.01 pagi (waktu tempatan).
Dari sudut pandangan bumi, gerhana matahari berlaku sekiranya pandangan matahari dihalang oleh pergerakan bulan. Ini bermakna, tempoh lengkap gerhana matahari apabila bermulanya sentuhan pertama bulan ke matahari sehingga berakhirnya sentuhan itu dari matahari dan keseluruhan proses tersebut digelar gerhana matahari.
Gerhana matahari penuh ini agak jarang berlaku dan ia hanya akan dapat dilihat di kawasan dan tempoh serta masa yang berbeza. Selain itu, beberapa lapisan luar matahari iaitu corona hanya dapat dilihat apabila berlakunya gerhana matahari penuh.
Sementara itu, gerhana matahari berlaku apabila bulan bergerak di antara bumi dan matahari dalam satu garis lurus. Hasilnya, mereka yang mengalami gerhana adalah mereka yang terletak di dalam bayang-bayang Bulan.
Seperti bayang-bayang biasa, bayang-bayang bulan juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu bayang-bayang yang lebih legap dan terletak di tengah dipanggil umbra, manakala bulan yang separa legap dipanggil penumbra.
Disebabkan bayag-bayang dapat dilihat, ini bermakna, sebenarnya gerhana matahari berlaku apabila pandangan kita ke arah Matahari dihalang oleh Bulan.
Gerhana matahari adalah satu fenomena astronomi yang jarang berlaku. Gerhana matahari penuh, yang merupakan tarikan utama kepada fenomena gerhana matahari merupakan satu fenomena unik setiap kali ia berlaku. Ini disebabkan tidak semua gerhana matahari akan menghasilkan gerhana matahari penuh di samping setiap gerhana yang berlaku hanya dapat dilihat di lokasi dan masa yang berlainan dan pada masa yang singkat.
Selain itu, ia juga dapat menonjolkan beberapa bahagian matahari yang tidak dapat dilihat ketika dalam keadaan biasa. Gabungan keunikan dan keistimewaan yang hanya dapat dilihat di dalam keadaan yang jarang berlaku ini mewujudkan peluang keemasan yang mungkin hanya dapat disaksikan sekali seumur hidup bagi peminat astronomi.
Kedudukan bulan yang terletak di dalam garisan lurus di antara matahari dan Bumi pada 22 Julai 2009.
Umbra adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan penumbra. Mereka yang berada di kawasan umbra akan melihat gerhana sebagai gerhana matahari penuh sementara mereka yang berada di kawasan penumbra akan melihat gerhana sebagai gerhana matahari separa.
Lintasan bayang-bayang bulan yang membentuk dua jenis bayang-bayang iaitu umbra dan penumbra dan dapat dlihat pada 22 julai 2009.
p/s : sama-sama la kita tgk apa akan berlaku esok ye :-p
Labels: info