Wednesday, September 16, 2009
Salam..
Entry kali ni... Nana nk imbau semula kenangan masa zaman kecik-kecik dulu.. time sekolah rendah bila nk menjelang raya ni.. Apa menda yang wajib buat dekat-dekat nk raya ni.. hehehe...
Ni citer menda yg suka buat dulu.. :-p
1. Kad Raya..
Kalau dulu-dulu.. (< 15 tahun dulu la.. ) lagi 2 minggu nk raya.. mesti dh sibuk nk beli kad raya utk bg kt member2 sekolah.. sblm beli tu.. nk kena tulis list kt sapa aku nk kasi kad ni... Bila nk beli kad raya tu.. mesti nk pilih yg gambar kartun..ada mercun la.. meriam buluh la.. ketupat la..
Emm.. ni part nk menulis lak.. biasanya aku akan guna ayat-ayat standard mcm ni.. :
a) Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin..
b) Tahun ni baju raya dh beli ke.. color apa??
c) Nanti bila raya.. jemput la mai umah ye..
d) Kuih raya dh buat / beli ke??
e) Kami nk duit raya.. hehehehe
Selalunya akhir ayat tu mesti ada pantun 2 kerat ni..
"Pecah kaca pecah gelas.. sudah baca harap balas" --> maksudnya soh member balas balik la.. kalau x faham jugak tu x tau la.. ehehehehe
"Pecah kaca pecah tong.. sudah baca harap gantung" --> bila gi raya umah dia.. leh la nampak kad raya yg aku kasi tu tergantung je kt almari.. hahahah
Ni je yg aku ingat.. ada lg rasanya pantun-pantun ni.. Bestkan time tu.. masing-masing berlumba-lumba sapa punya kad raya paling byk tahun tu.. Pastu.. semua kad raya tu mesti nk gantung ke.. sangkut kt almari ke.. kt tingkap ke.. hehehe.. kenangan..kenangan..
Tapi zaman sekarang ni dh lain.. org x bagi dh kad raya ni.. kalau bg pun.. x sampai pun 5 keping.. selalunya member2 akan kirim ucapan guna SMS or MMS or email or greeting card.. sapa yg ada FB tu.. member2 dok hantar thru tu lak.. hehehe.. jimat2...
2. Kuih / biskut raya..
Masa kecik-kecik dulu.. time ni yg aku suka.. masa tu pun Mama rajin la buat biskut raya ni.. so aku n adik akan jd tukang menyibuk la.. nk tekan kuih la.. nk boh ceri la.. nk letak kacang la.. nk kacau adunan la.. hehhehhe.. Time dok buat kuih tu.. punya le terliur.. rasa mcm nk mkn je.. lagi x tahan bila dh bakar kuih tu.. bau wangi je... So yg mana kuih yg mcm terhangit sket tu (time tu oven mana pakai timer lg..semua kena manual.. tgk jam dinding.. bape minit utk bakar kuih..) kami dh booking siap2.. pas buka posa nk mkn.. hehehe..
3. Baju raya.. kasut raya.. handbag raya..
Lagi seminggu lebih nk raya tu.. Mama n Abah akan bw kami adik beradik shopping kt Komtar.. time tu mana ada lg Sunshine ka.. Bj ka.. Gurney Plaza ka.. Qbay lg la.. Time tu Komtar tu kira famous la.. semua org dok tumpu kt situ utk beli baju raya.. Mama satu ja tabiat dia.. kalau nk beli baju tu.. mesti nk kena boria dgn adik aku.. eiii x sukanya... tak design sama.. color mesti sama.. yg adik aku lak.. baju apa yg aku pilih dia mesti nk jugak.. tension..tension.. Dari dulu sampai la sblm kawin.. baju raya ni mesti 3 pasang..
Handbag lak.. Mama akan beli sorang satu.. utk isi duit raya nnt.. hehehe..
La ni bila dh kawin.. ada anak.. keutamaan tu jatuh kt dia dulu la.. pastu nk kena beli barang2 utk umah lg.. tu yg kena cut cost utk baju raya.. hehehe
Ni citer menda yg x suka buat lak.. hehehe
1. Kemas rumah..
Emm.. time ni aku paling boring sekali.. nk kena kemas umah.. Setiap tahun... Abah akan plan siap2.. aku buat keja apa.. adik2 aku buat apa.. Mama buat apa.. Abah buat apa.. so bila hari tu.. masing2 dh tau barang apa kena sediakan.. mcm aku.. Abah selalu soh cuci tingkap.. x suka tul.. sbb berhabuk.. ye la.. sethn sekali je nk cuci.. :D
Pas semua dh cuci baru la Abah mula operasi dia.. mop lantai satu umah.. dia kalau buat keja.. x babitkan org lain.. mmg x sah.. ada je dia soh buat tu.. buat ni.. (hehehe.. Abah.. minta maaf ye.. )
2. Kemas bilik tido..
Aku share bilik dgn adik aku.. so bila nk buat keja ni.. mula la.. aku buat sikit.. hang buat byk.. aku nk boh almari kt sini.. dia nk letak katil mcm ni.. eii pening..
Emm byk tul kenangan masa kecik2 ni.. Time tu dgn sekarang mmg x sama langsung dr segi kemeriahan raya.. Tambah2 lg seminggu nk raya.. mak mak org semua sibuk di dapur.. kami yg budak2 ni akan main kt luar la sampai kul 10 mlm.. main sorok2 la.. main police n theif la.. syokk oooo.. :-p
Ok la.. panjang sgt dh entry kali ni.. Akhir kata.. " Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin "
Thursday, September 3, 2009
Salam...
Emm.. dah bersawang blog aku ni maklum la.. org 'rajin' update blog.. hehehe.. sebenarnya.. banyak citer yg nk diciterkan.. tp tu la.. malas tul nk mengarang n menaip..
Ok la.. entry kali ni.. aku nk mengingati semula kenangan masa 4 tahun lepas.. time bulan Ramadhan ni.. aku tgh sarat mengandung.. Berpuasa time tu.. punya le siksa.. bukan apa.. dh le perut ni besar dan berat.. baby dlm perut ni.. asyik lapar je.. so time tu.. ada gak aku ponteng posa.. hehehe.. paham-paham je la.. bukan sengaja pun.. penat ooo..
Pejam celik.. pejam celik.. tinggal lg seminggu lagi nk raya.. baby dlm perut ni asyik menendang2.. buas bukan main.. bila dia menendang2 tu.. perut rasa cekang je.. x selesa langsung.. pastu aku ada jugak rasa mcm nk bersalin.. then aku gi la jumpa doktor.. tp dia cakap belum time lg.. ye la ..dok punya due date.. 2 minggu lepas raya.. so maknanya.. ada lg 3 minggu la.. emm.. Rasa sakit tu.. aku ada jugak bgtau kt mama.. tp mama pun cakap lambat lagi nk bersalin ni.. so mlm tu.. aku n hubby gi la buka puasa kt Pizza Hut kt Tesco (ingat lagi ni.. ) pastu gi Tesco jap.. shopping barang sket.. emm x ingat la beli apa..
Then.. keesokan paginye.. bangun pagi nk bersahur.. aku dh rasa lain mcm je.. bila jalan sket rasa sengal2 kt situ.. so hubby soh siap-siap ke hospital bersalin.. emm dipendekkan cerita.. tghari tu.. aku pun bersalin.. dapat baby girl yg sooo cute.. hehehe.. So baby ni sempat le beraya dgn kami pada tahun itu..
Ni gambar time raya setiap tahun bersama 'Permata Hatiku' .. NUR HAIFA INSYIRAH
Tahun 2005 - Syirah berusia 7 hari
Tahun 2006 - Syirah berusia 1 tahun
Tahun 2007 - Syirah berusia 2 tahun
Tahun 2008 - Syirah berusia 3 tahun
Tahun 2009 ???
Cepat betul masa berlalu.. belum puas rasanya nk peluk.. cium.. main dgn Syirah time baby.. sedar-sedar.. baby dh nk masuk 4 tahun dh.. huhuhu.. Ummi sayang Baby.. :)
Ok la.. sampai sini dulu.. Selamat Berpuasa..
Labels: life
Tuesday, July 21, 2009
Salam..
Emm.. mesti ramai antara kita dapat email yang mengatakan ramalan 22 Julai 2009 akan berlaku sekali lagi tsunami disebabkan oleh gerhana matahari. Dalam ramalan tersebut mengatakan antara kawasan yang akan teruk dilanda tsunami ialah sekitar Philiphine, Malaysia (Sabah & Sarawak), Singapore, Maldives, Australia, Mauritius, Sri Lanka, India, Indonesia, Jepun. Negara-negara tersebut mmg berada berdekatan dengan laluan gerhana tersebut (Eclipse Path).. Harapnya.. tsunami ni hanyalah ramalan semata-mata..
Tapi saya tak nak le sembang pasal ramalan tsunami ni.. tp nk berkongsi cerita yg menariknya gerhana ini boleh mencapai tempoh max gerhana itu yg dijangkakan berlaku selama 6 minit dan 39 saat.. mungkin ini merupakan satu-satunya peluang untuk kita lihat fenomena ini.
Emm.. saya pun tak pandai bab-bab ni so saya paste je maklumat yang saya baca dr Internet tp saya agak minat juga utk membaca info-info tentang astronomi ni....
Ia digelar sebagai ‘Total Solar Eclipse of the Century’ disebabkan fenomena gerhana matahari penuh ini berlaku dalam tempoh lama serta dapat dilihat di negara Tanah Besar China dan kawasan sekitarnya bermula jam 8.22 am sehingga 11.01 pagi (waktu tempatan).
Dari sudut pandangan bumi, gerhana matahari berlaku sekiranya pandangan matahari dihalang oleh pergerakan bulan. Ini bermakna, tempoh lengkap gerhana matahari apabila bermulanya sentuhan pertama bulan ke matahari sehingga berakhirnya sentuhan itu dari matahari dan keseluruhan proses tersebut digelar gerhana matahari.
Gerhana matahari penuh ini agak jarang berlaku dan ia hanya akan dapat dilihat di kawasan dan tempoh serta masa yang berbeza. Selain itu, beberapa lapisan luar matahari iaitu corona hanya dapat dilihat apabila berlakunya gerhana matahari penuh.
Sementara itu, gerhana matahari berlaku apabila bulan bergerak di antara bumi dan matahari dalam satu garis lurus. Hasilnya, mereka yang mengalami gerhana adalah mereka yang terletak di dalam bayang-bayang Bulan.
Seperti bayang-bayang biasa, bayang-bayang bulan juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu bayang-bayang yang lebih legap dan terletak di tengah dipanggil umbra, manakala bulan yang separa legap dipanggil penumbra.
Disebabkan bayag-bayang dapat dilihat, ini bermakna, sebenarnya gerhana matahari berlaku apabila pandangan kita ke arah Matahari dihalang oleh Bulan.
Gerhana matahari adalah satu fenomena astronomi yang jarang berlaku. Gerhana matahari penuh, yang merupakan tarikan utama kepada fenomena gerhana matahari merupakan satu fenomena unik setiap kali ia berlaku. Ini disebabkan tidak semua gerhana matahari akan menghasilkan gerhana matahari penuh di samping setiap gerhana yang berlaku hanya dapat dilihat di lokasi dan masa yang berlainan dan pada masa yang singkat.
Selain itu, ia juga dapat menonjolkan beberapa bahagian matahari yang tidak dapat dilihat ketika dalam keadaan biasa. Gabungan keunikan dan keistimewaan yang hanya dapat dilihat di dalam keadaan yang jarang berlaku ini mewujudkan peluang keemasan yang mungkin hanya dapat disaksikan sekali seumur hidup bagi peminat astronomi.
Kedudukan bulan yang terletak di dalam garisan lurus di antara matahari dan Bumi pada 22 Julai 2009.
Umbra adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan penumbra. Mereka yang berada di kawasan umbra akan melihat gerhana sebagai gerhana matahari penuh sementara mereka yang berada di kawasan penumbra akan melihat gerhana sebagai gerhana matahari separa.
Lintasan bayang-bayang bulan yang membentuk dua jenis bayang-bayang iaitu umbra dan penumbra dan dapat dlihat pada 22 julai 2009.
p/s : sama-sama la kita tgk apa akan berlaku esok ye :-p
Labels: info
Saturday, July 18, 2009
Salam..
Ntah nape aku nk post lirik lagu ni..
Biarkan ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri
Ku tak fikir engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu
Chorus:
Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa
Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin aku sanggup bersama denganmu
(ulang chorus)
p/s : tiada kaitan antara hidup dan mati.. :-p
Labels: emotion
Salam..
Hari ni, 18 Julai 2009 genapla usia suami ku Razif Junaidy Osman yang ke-27 tahun..
Semoga pertambahan usia.. semakin bertambah la rezeki kita sekeluarga.. dipanjangkan umur.. dan paling penting.. bertambahla kasih sayang antara kita dan anak-anak ye.. mmuuaahh!!
Disamping itu, Nana harap Abg semakin matang dalam semua aspek terutamanya peranan sebagai ketua keluarga. Umur pun semakin meningkat.. jgn la buat perangai mcm-mcm.. asyik dok belagak single ni tu yg payah!!
Labels: life
Saturday, July 4, 2009
Salam..
'May.. I Love U and Miss U... '
Labels: life
Wednesday, May 27, 2009
Tanggal 27 Mei 1982 yang lalu.. lahirlah seorang insan yang bernama Falina binti Afendi.. dan hari ni.. aku telah pun berusia... 27thn...
Aku bersyukur.. pada usia ni aku telah pun mempunyai pasangan hidup, dikurniakan cahaya mata, mempunyai pekerjaan tetap, mempunyai kereta (walaupun belum abih bayar.. huhuhu) dan telah membeli sebuah rumah... (ni pun belum siap lagi ..:-p)
Semoga Allah panjangkan umur.. murahkan lagi rezeki ku.. fullfill segala yg ku dihajati.. Amin..
Labels: life
Friday, May 22, 2009
Petang Ahad tu.. gi jenjalan ke Sunshine Square.. gi dgn tok ma.. ibu.. beli baju kt Baby n Haikal utk kenduri hujung bulan ni.. pas shopping tu.. tok ma ajak gi BJC sat..
Sampai kt sana.. aku tingat nk tindik telinga Baby la.. sblm tu aku pernah sound dh kt ayah dia.. yg Baby tingin nk pakai subang.. tp ayah x kasi..:( takut anak dia nangis..
So lepas round dr satu level ke satu level.. aku tanya Baby.. "Baby.. baby nk pakai mcm Umi tak?" sambil aku pegang telinga aku.. Baby mcm faham je.. dia kata.. "Baby nk pakai mcm Umi.. blh tak??" mula-mula takut gak.. nnt dia nangis.. so aku pesan kt baby.. kalau nk pakai mcm umi.. janji jgn nangis tau.. so dia pun kata... "Baby janji x nangis.. baby auchh auch je.. " hahaha.. semangat tul anak aku ni..
Aku bawa la gi satu gerai ni.. yg offer servis ear pearcing.. aku soh Baby dok atas kerusi tu.. Chinese lady tu tanda telinga dia.. utk buat lubang.. pastu that lady spray le dgn espirit kot.. bg kebas.. pastu bermula la acara tembak menembak ni.. that lady buat telinga kanan dulu.. bunyi tap.. pastu Baby mcm suprise.. that lady tu dok usap2 telinga dia.. fuh.. x nangis.. cayala.. pastu cont telinga kiri gak.. pun x nangis gak.. fuh.. mmg ganazz la Baby Umi ni.. that's my baby.. :) Aku lak yg takut.. huhuhu..
Ni je gambar aku sempat amik..
Labels: life
Salam..
Emm.. lama jugak tak update blog.. maklum la.. bz je.. hehehe
Sabtu lepas, 17hb Mei, Kelab IPS telah mengadakan satu xpdc menjelajah gua.. ini merupakan first time aku gi... actually dah lama dok simpan angan-angan nk ke sana.. tp x de kesempatan.. Oleh itu, aku nk gunakan peluang yang ada ni utk join bersama kelab.. kali ni...kami gi guna laluan ke-3.. agak mencabar.. (utk keterangan lanjut.. sila tanya kt Mr. Google ye.. byk info..)
Jadual perjalanan dari awal pagi.. hingga ke petang..
- 7.00am - berkumpul di hadapan bangunan Eureka
- 7.30am - bertolak ke gua tempurung dengan bas
- 9.30am - tiba di destinasi.. masing-masing bersemangat waja..
- 9.45am - berkumpul.. dgr taklimat dulu..
- 9.50am - mulakan perjalanan.. menikmati kecantikan dan keindahan gua tersebut..
perjalanan yang memakan masa hampir 2jam 30 minit.. - 12.30noon - keluar dari gua..
- 1.00pm - lunch di RS Camp..
- 3.00pm - bertolak balik Penang... (sib baik hubby dtg amik.. kalu tak.. lg penat la..)
- 5.30pm - selamat tiba di rumah.. emm bestnye.. nk tido.. penat!!
Labels: enjoy time
Monday, May 4, 2009
Setelah beberapa minggu bertungkus lumus menyiapkan tesis sarjana muda aku.. akhirnya siap juga.. Bukan senang nk hasilkan sebuah tesis ni.. banyak menda yang perlu diambil kira.. antaranya:
- penggunaan font dan saiz font... selalunya Times New Roman, 12
- perenggan 1.5 spacing
- format setiap permulaan bab.. muka depan.. dan banyak lagi la...
Labels: Space_UTM
Sunday, April 12, 2009
Hari demi hari silih berlalu.. tibalah hari yang dinanti-nantikan...
Sehingga ke hari ini.. aku masih lagi dok mengedit laporan tesis psm aku.. Berbagai-bagai perasaan yang aku rasa.. takut.. gementar.. risau.. macam2 lagi...
Malam Sabtu yang lalu, aku terima satu panggilan dari Dr Shafry (ex penyelaras space penang)... Dia ckp.. dia yang akan jd penilai psm kali ni... aku agak terkejut jugak sbb penyelia aku.. Dr Is bgtau.. Dr Dollah yg akan jd penilai.. aku rasa lega sket la sbb aku dh kenai dgn Dr Shafry ni kan.. Dia mmg easy going tp agak strict menilai laporan..
Pukul 1.00 pm aku gerak ke tempat presentation... Dr Shafry cakap buat kat lobby hotel EQ..
Huh... perasaan tu masih belum hilang lagi.. tp bila tgk member2 aku present.. mcm ok ja.. so aku dh relax sket.. aku tgk Dr Shafry pun dah mula penat.. hehehe.. ada kelebihan :)
Aku mula present pukul 3.30.. mula-mula.. present slaid dulu.. then sistem aku lak... emm Alhamdulillah.. sistem berjalan dgn ok sekali.. lastly.. laporan aku.. ada a few parts need to do some changes.. Dr Shafry minta send semula changes tu pada dia thru email...
Lepas je present.. aku rasa amat-amat lapang sekali.. lega je.. kalau tidak.. time tido pun leh mimpi pasal psm ni.. bkn tu je.. rasa time yg ada ni tak cukup.. dah le bz dgn keja.. nk kena buat tesis ni lagi.. bkn senang ooooo erti kata lain.. tu la suka buat keja last-last minit.. kalut arrr
Aku harap penyelia n penilai boleh bg markah tinggi sket.. :-p
Sekian..
Labels: Space_UTM
Monday, March 23, 2009
Salam...
Satu perjumpaan antara pelajar yg daftar PSM1 dan PSM2 dengan Dr Is telah diadakan pada 21 Mac 2009 jam 3.00pm di bilik 305, PSDC.
Banyak perkara penting yang dibangkitkan oleh Dr IS.. antaranya ialah :
- Tarikh akhir hantar laporan PSM2 iaitu pada 4hb April 2009 bersama-sama borang-borang yang telah dinyatakan dalam perjumpaan tersebut (bg PSM2 tu.. fotostat je semua borang.. pastu bg Dr Is tandatangan.. abih citer.. :P)
- Tarikh presentation PSM2
- Tarikh : 12hb April 2009
- Masa : 11.15am - 12.00 noon - masa utk seorang pelajar hanya 45 min.. (ni giliran aku.. no3 kot..)
- Tempat : Akan ditentukan kemudian.. tp for sure di PSDC la.. bilik mana tu x tau lg..
- Apa yang perlu disediakan sebelum dan semasa presentation day
- Pd 11hb Apr tu.. serah tesis kpd Dr Abdullah (lec HCI) utk beliau baca dulu..
- Pd 12hb Apr lak.. jgn lupa bawa semua borang yang Dr Is dh tandatangan tu.. bg penilai lak tandatangan..
- Jgn lupa bw notebook lak..
- Pd 11hb Apr tu.. serah tesis kpd Dr Abdullah (lec HCI) utk beliau baca dulu..
- Borang-borang apa yang perlu ditandatangani oleh Dr Is
- Semua borang ni leh amik dr buku PSM yg fotostat
- Semua borang ni leh amik dr buku PSM yg fotostat
- Time present tu.. kena prepare :
- Presentation slaid utk 10-15 min
- Pastu.. demo sistem lak..
- Pastu ada Q & A ant pelajar dgn penilai td..
(Falina.. caiyaok!! hehehe :-p)
Sampai sini dulu.. sekian.. wasalam
Labels: Space_UTM
Thursday, March 19, 2009
- Melihat semula flow sistem supaya selari dengan objektif pembangunan sistem ini.
- Design interface dan membangunkan sistem.
- Mengedit bahagian Objektif dalam Laporan PSM2.
Untuk pembangunan sistem hampir 60% siap manakala untuk laporan PSM2.. baru 30% siap..
Antara antaramuka yang dibangunkan:
Sekian... jumpa lagi.. :-pLabels: Space_UTM
Friday, February 20, 2009
Salam...
Emm.. cepatnya masa berlalu.. rasa mcm baru je Dr Is buat pertemuan pertama utk PSM ni.. and aku pun dah lama tak update aktiviti PSM aku...
So today... I've done a few steps :
1. Software installation
- Install SYBASE - for database
- Install Microsoft Frontpage - as programming tool
2. Creating DB
3. Pipeline data to the main tables
4. Setting the local host in my laptop
That's all.. tapi banyak lagi benda yang perlu dilakukan..
Labels: Space_UTM
Wednesday, January 28, 2009
Perjumpaan antara penyelia dan pelajar psm2 telah diadakan pada Sabtu, 24 Januari 2009 jam 10.00 pagi di PSDC, Penang
Labels: Space_UTM